Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Aril Iskandar…
Panjang gila sial nama entri ini. Terpanjang setakat ini mungkin. Ada lagi yang boleh recall tajuk entri lebih panjang dari entri ini?

Memandangkan aku asyik kena tag, dan tak menjawab tag tersebut, aku pun rasa kasihan kepada rakyat jelata semua yang dahagakan diri mereka ditag dan kemudian mengetag kembali aku yang cukup menyampah bila kena tag ini. Arwah Tag tentu terbahak-bahak bilamana namanya disebut berkali kali di perenggan kedua entri ini, itu fakta. Hahahaha…
Jadi aku persembahkan, satu disclaimer atau peringatan malah amaran kepada gadis gadis comel berdada gebu yang berminat untuk mengenali ku dan berniat mengangkat taraf ku sebagai Abang atau Sayang atau Baby atau Daddy atau Papa atau Lahanat Motherfucker sekalipun. Entri kali ini lebih bersifat informatif dan menganjing diri sendiri daripada mengangkat angkat diri sendiri untuk didewa-dewakan…

SATU : JIKA DISURUH PILIH, BOLASEPAK ATAU DATING, AKU PILIH…
Bolasepak semestinya. Dating itu membazir masa dan wang di malam hari. Buat apa berdating di malam hari hanya untuk makan dan minum. Jika ada perkara lain yang lebih penting, pasti takkan ku pilih bolasepak. Tapi hakikatnya, bolasepak akan menjadi keutamaan. Jika disuruh memilih dating sambil menonton bolasepak, aku juga kemungkinan akan menolaknya. Dating dan bolasepak tidak sinonim. Kamu akan menganggu konsentrasi ku bila bertanya soalan lazim seprti apa itu offsaid, kenapa baling bola boleh tapi cakap kalau pegang bola foul, dan kenapa Ronaldo pakai No. 7. Sadis…

DUA : AKU TIDAK PUNYA KERETA MAHUPUN LESEN MEMANDU
Jadi kepada mereka yang berminat berpacaran dan berdating, sila datang ambil aku, dan pastikan kamu juga menghantar aku pulang, dalam keadaan sempurna atau sedikit kekurangan tidak apa. Pastikan juga kamu tiba tepat pada masanya, tidak seminit pun lewat, untuk lebih berjaga-jaga, datang 30 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Jika lewat sedikitpun, aku anggap batal date itu. Oh ya, pastikan kamu tidak membawa ku berjumpa rakan-rakan mu yang membosankan. Hahaha…

TIGA : AKU KEDEKUT SEHINGGA 0.00001 SEN
Jangan harapkan sebarang hadiah untuk harijadi mu. Aku sangat benci membeli hadiah, lagi lagi jika kamu meminta. Jika engkau mahu aku membeli hadiah, pastikan harijadi ku dulu juga hadiah yang mahal. Untuk hadiah bernilai RM150, kau perlu hadiahkan barangan berharga RM300 untuk harijadi ku. Get it? Dan jangan harapkan aku akan mengsponsor kamu seumur hidup, aku tidak akan membayar sebarang upah untuk kamu keluar dengan ku, jadi bil makanan hidangan ketika berdating, perlulah dipecah dua atau kamu sahaja yang membayarnya. Jika kamu mahu bil itu dibayar oleh aku, sila beritahu awal-awal sebelum berdating, kerana aku akan menolak pelawaan dating itu bulat bulat. Faham? Dan sebarang hadiah yang aku menangi masuk peraduan atau pertandingan, jangan mimpi untuk memilikinya, kerana aku adalah manusia self centered paling teruk abad ini. Dan jangan harap aku akan pinjamkan harta ku untuk kamu, lebih lebih lagi jika kamu tidak punya pertalian, pertalian darahpun aku akan tapis dahulu.

EMPAT : AKU MEMPUNYAI HOBI YANG MEMAKAN DIRI DAN MASA
Jadi kamu perlu memahami dan menuruti kehendak ku. Jika aku punya hobi mengumpul barang mainan, be prepared to fork out some cash to buy me a limited edition ones. Jika aku punya hobi mengambil gambar as in photography, bersedialah untuk menjadi model free, dan jika sampai masa, di suruh nude pun, nude lah. Jangan risau, photography ini adalah berbentuk artistik estetika dan bukan berbentuk pornolistik. Kamu juga perlu membawa ku ke mana-mana sahaja jika perlu, kalau aku perlu ke Melaka, ke Melakalah. Kalau perlu ke Putrajaya, ke Putrajayalah. Ini merujuk kepada masalah aku yang pertama tadi. Oh, aku juga akan menghabiskan sebahagian besar wang gaji ku untuk menampung hobi, jadi bersedialah untuk mengspeedo aku apabila perlu…

LIMA : AKU TIDAK GEMAR MENDENGAR
Ya, aku kurang gemar berbual perihal diri sendiri atau berbincang hal-hal masa depan terutama sekali dengan wanita. Aku akan biarkan kamu bercakap, dan aku akan merewang dan melayari pemikiran ku dan memikirkan hal-hal yang lebih signifikan seperti masalah kewangan, masalah kerja, ataupun apa akan berlaku dalam siri Bleach yang seterusnya. Kadang-kadang, kamu akan perhatikan aku bermain PSP tanpa rasa segan silu dan mengiyakan setiap baris ayat kamu. Jadi, itu tandanya aku sedang memberi tumpuan yang amat dalam kepada PSP, dan “Ya/Uhm/Lagi,” yang aku ucapkan, adalah dikira detik dan rentaknya supaya dikeluarkan tepat pada waktu ianya diperlukan. Oh ya, cerita tentang masalah percintaan mu dengan lelaki lain juga aku letak perkara paling tinggi sekali untuk diabaikan kerana bagi aku, ianya membosankan (hanya kecuali jika ianya ada kena mengena dengan aku, sama ada kita skandal atau terlanjur sahaja).

ENAM : PILIHAN MUZIK KAMU PERLULAH EKLEKTIK
Kamu mesti mempunyai pilihan lagu yang bagus dan meminati band-band serta artis yang mempunyai maqam kesenian yang tinggi dan juga berkualiti. Sebarang sampah seperti band indo dan post psikedelik, perlulah berdiri jauh dengan aku, kerana akan aku tembak saranan kamu bulat bulat jatuh gugur bagai gagak hitam. Kamu perlu mengeluarkan nama artis dan band-band yang bukan mainstream rare dan saranan muzik kamu ini akan aku cuba dengar dan memberi buah fikiran ku dan kemungkinan aku setuju dengan pemilihan mu. Asalkan ianya original. Jika Mawi dan Hujan adalah artis dan band paling hebat abad ini bagi diri kamu, sila jangan isi borang calon, kerana pilihan muzikmu sangat sempit dan local. Oh begitu juga Peter Pan dan Nidji…

TUJUH: AKU TIDAK SUKA KE TEMPAT CROWDED UNTUK MENJADI POYO
Ya, jadi lupakan niat untuk membawa aku menonton showcase Anuar Zain mahupun Nidji. Kerana aku tidak menyokong atau mengendorse apa apa perkara yang berbudayakan budaya pop. Oh, kemungkinan aku juga akan menolak pelawaan ke gig-gig, kerana aku sudah melepasi tahap-tahap remaja baru nak up dan aku tidak perlu melihat kembali telatah remaja baru nak up zaman sekarang. Serious. Begitu juga konsert Sheila On 7 atau Akon (come on, ko jgn expect aku tengok benda-benda mcm ni). Kalau mahu juga, ajaklah aku ke pulau-pulau terpencil, atau tempat tempat remote yang mana ko tahu akan menarik perhatian ku, lebih-lebih lagi yang punya nude beach.

LAPAN : AKU GILAKAN WANITA-WANITA INI
Dengan sebab-sebab yang berlainan. Marion Rose Caunter, Maya Karin, Cheryl Samad, Vanida Imran, Jessica Alba dan Amanda Peet. Jadi sila memahami jika kamu terjumpa wallpaper separa nude Jessica Alba di dalam PSP ku. Ha ha ha ha… Oh begitu juga dengan akaun Myspace, Friendster dan Facebook. Kalau aku bersayang bercinta dengan kawan-kawan wanita, itu semua hanya gurauan kecil. Kalau kamu terasa cemburu, alamatnya kita takkan berpanjangan. Ye, aku punya kawan wanita hot-hot online dan kesemuanya adalah kawan sebenar, bukan kawan “add, and brag”. Jadi sila faham itu.

SEMBILAN : AKU PULA TIDAK SUKA WANITA SEBEGINI
Mengada-ngada dan tidak punya personaliti. Harapkan berpakaian seksi dan trendi, tapi otak kosong. Jika kamu comot sekalipun, tapi kamu mempunyai pemikiran yang luas, boleh generate conversation yang menarik dan mencabar akal, kamu amat cantik di mata aku. Aku tidak sukakan wanita bimbo yang tidak punya sebarang benda untuk diceritakan melainkan gossip kawan-kawan kampus atas butik-butik fesyen yang mengadakan sales. Aku sukakan wanita yang boleh berfikir untuk diri sendiri, independent, bijak berkata-kata, dan tidak menerima sebulat-bulatnya cadangan atau idealogi ku tanpa perlu diperbahaskan. Aku perlukan seseorang yang boleh bertukar pandangan dan menjana idea lain. Senyum yang manis adalah added bonus. Jika kamu berotak angin, sila jangan mengisi borang tersebut. Pergi kawan dengan budak budak post psikedlik yang perlukan pussy free dan easy… Hahahah…

SEPULUH : SELF CENTERED, YES AKU ADALAH…
Engkau perlu tahu segala-galanya tentang aku. Nama penuh, tarikh lahir, no ic, makanan dan minuman kegemaran, muzik pilihan, band fav, movie agung, buku rujukan, hobi dan bukan hobi, anti dan cinta dan segala bagai lagi untuk dijadikan rujukan memenangi perhatian dan hati ku. Sebaliknya, aku tidak perlu tahu apa apa pun tentang kamu.

Nama kamu apa? Lalu?

Ada banyak lagi perangai-perangai ku yang menjadikan aku bukan lelaki pilihan sesiapa.Jadi, harap perkara-perkara ini berguna untuk kamu memilih menjauhi lelaki seperti aku. Lelaki seperti aku comes with teritory. Kami tidak memerlukan trophy wives/girlfriend yang entah apa apa.

Seni bercinta, mana lelaki post psikedelik seperti kamu faham…

Simbah arwah Tag dengan coklat dan jilat…

Esok saja…
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • About Me

    My photo
    Clingy. Loves doable, comfortable routines. Dislikes mindfucks. *Loathes* incomprehensible, unsolvable mindfucks. Avoids dicey, shady characters at all costs. Picky. Stubborn. Most times, cold and distant, but not necessarily likes to be. Prefers to be open, warm, and intimate, but is reluctant to be unless it's absolutely safe. Loves being safe.

    My Memory

    "Lost love is still love. It takes a different form, that’s all. You can’t see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those senses weaken, another heightens. Memory.
    Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it."

    Followers