Tentang CInta
Hari ni aku ingin bicara tentang cinta ... Isk!cam bahasa Indo lak kan?Pengalaman yg lalu mematangkan fikiran..hingga aku bisa bertapak di sini .. Masalah cinta pasti ada di kalangan insan yg bercinta. Cuma jln penyelasaian saja yg membezakan insan itu bercinta kerana apa ..

Setelah di hitung , kini aku mempunyai 7org teman yg baru saja menjadi 'single' .. Wow!Mcm musim pulak!Macam2 cerita tentang mereka..Tp semua nya hampa.Seperti aku dulu yg pernah hampa kerana cinta..sakit nya Tuhan saja yg tahu..Pedih nya tak bisa aku huraikan dgn kata2 kerana, hanya insan yg kecewa dapat merasakan cinta itu sahaja yg tahu apa yg di rasa . Bukan malang atau bertuah jika dapat merasakan sakit cinta..tp satu anugerah dari Esa untuk kita sendiri belajar apa itu cinta sejati ..

Kesian aku tgk teman2 aku yg sekarang tgh meruntun kesedihan kerana cinta .. Teringat kisah aku ketika dahulu...Meniti bait2 hari dgn cinta yg di permainkan .. Aku pernah melalui berbagai2 ragam insan yg gemar melukakan hati ini..Aku kenal insan yg suka melukai hati yg suci..Aku hairan kenapa mereka mampu melakukan perkara sekejam itu..Tapi aku pasti , sungguh pun mereka bersalah kerana melukai, namun setiap apa yg mereka lakukan, pasti juga ada alasan nya tersendiri .. memang benar aku cukup benci dgn insan yg suka melukai .. tp aku tidak pula menafikan di mana di dalam hati kecil mereka juga punya hati dan perasaan ...

Seperti yang sedia maklum, insan2 seperti aku sering kali di lukai insan yg paling di sayangi.. ikatan perkahwinan yang tidak mampu untuk di persoalkan lagi ... Bertahun membina mahligai bersama pun bisa runtuh mahligai nya hanya kerana 'perkahwinan'.. hubungan aku dulu juga pernah runtuh kerana ini ... Aku terus tinggal kan dia kerana keluarganya desak dia unt berkahwin .Dan cuba menjauhkan diri dari aku . Itu permintaan keluarga.. Aku tidak mampu menghalang nya ..bukan aku tidak mahu mempertahan kan ikatan cinta ketika itu..tapi aku tidak terdaya...aku hanya perlu kuatkan semangat untuk terus berdiri dan berlari...
Dengan harapan, keputusan aku itu bisa membuah kan satu hadiah unt dia..Kebahagiaan yang kekal abadi ...

Ini lah satu2 nya risiko yg harus insan2 seperti aku lalui dan hadapi..mau tak mau...have to face it !Jadi, biarkan lah kami hidup begini..terus mencari kebahagiaan yg tak pasti sampai bila ... Selagi hayat di kandung badan..Selagi masih ada insan yg mampu memberikan kasih sayang yg sejati..Biar pun hanya sekejap atau seketika..Namun sesaat kebahagiaan yg di berikan itu terlalu besar ertinya unt diri aku ... itu lah kesempatan yg aku ada sementara dia masih di situ..Bersama aku...

Benar !Aku takut pada 'kehilangan'...Im scared of 'rejection'...i hate for losing sumone ! Aku tak suka melukakan hati insan lain..! Aku benci di tuduh hipokrit ! Aku sedih di kata tamak ! aku kecewa di persalah kan tanpa sebab !

Segala apa yg aku lakukan di atas muka bumi ini.. Samada kepada insan yg aku sayangi atau pun sesiapa saja yg mengenali aku...Segalanya bersebab dan ber alasan ! Hanya tuhan saja yg tahu .. hanya hati ini saja yg faham . Kadang2 diam itu perlu unt menenangkan fikiran . Kadang2 diam itu perlu unt tidak mengeruh kan keadaan ... Dan kadang2 diam itu mampu untuk menyelesaikan masalah ...

Kenapa perlu terus terusan bertelagah bagai menegakkan benang yang basah .. Sedangkan kita sendiri tahu di mana jalan penyudah . Mengalah demi untuk kebaikan .. Mengalah bukan kerana kalah . Walaupun kalah di mata yang lain , namun menang di mata keadilan .

Manusia mana tidak melakukan kesalahan .. Begitu juga aku insan kerdil yang naïf . Kadang kala memaaf kan seseorang itu umpama memberi peluang untuk belajar dari melakukan kesilapan ..

Aku sudah cukup puas dengan sikap manusia yang hanya tahu bercakap . Tapi tidak tahu berfikir sebelum bercakap …

Memang bahagia menyayangi dan di sayangi .. Tapi percayalah , kasih sayang juga tidak hanya perlu di lakukan dengan perbuatan , sentuhan atau dengan kata2 … Cukup dengan hanya sebuah kepercayaan .. yakin dengan cinta itu ada .. Bukan pura2 .. Memberi seseorang dengan rasa bahagia , gembira dengan senyuman sentiasa di bibir … , ia sudah cukup menyatakan rasa kasih dan sayang itu benar2 ada .. Pastinya dengan rasa yakin dan percaya … Walaupun jauh di mata ..tetapi dekat di hati …
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • About Me

    My photo
    Clingy. Loves doable, comfortable routines. Dislikes mindfucks. *Loathes* incomprehensible, unsolvable mindfucks. Avoids dicey, shady characters at all costs. Picky. Stubborn. Most times, cold and distant, but not necessarily likes to be. Prefers to be open, warm, and intimate, but is reluctant to be unless it's absolutely safe. Loves being safe.

    My Memory

    "Lost love is still love. It takes a different form, that’s all. You can’t see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those senses weaken, another heightens. Memory.
    Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it."

    Followers